Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Johan Keseluruhan Wanita dalam Kejohahanan Wajadiri Nasional 2012

E-mail Print PDF

SERDANG – Pasukan pesilat wanita daripada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH)  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul Johan Keseluruhan Wanita peringkat IPT dalam Kejohanan Wajadiri Nasional 2012 peringkat kebangsaan yang diadakan pada 7 Julai 2012 (Sabtu) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Kejohanan ini merupakan Kejohanan Wajadiri Nasional yang ke-15 dan dianjurkan oleh PSSCUH UPM dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia & Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia. Acara pembukaan telah dirasmikan oleh Datuk Hasnoor Sidang Hussein, Timbalan Pengerusi Kemajuan Pembangunan Tanah Adat Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka YB Dato’ Ali Rustam merangkap Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) kerana tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Sebanyak 17 IPT awam dan swasta, 12 buah sekolah dan 4 buah pusat latihan dari seluruh negera telah menyertai kejohanan ini. Antara IPT tersebut ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kolej Poly Tech Mara (Cawangan Kuala Lumpur), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, UIAM Kampus Petaling Jaya, UIAM Kampus Kuantan, Kolej Yayasan UEM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Institut Professional Baitulmal, Kolej UNIKOP, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala di peringkat sekolah antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Permai, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman KOSAS, Maktab Tentera Diraja, dan lain-lain.

Tujuh kategori telah dipertandingkan iaitu menangkis serangan pisau, menangkis serangan kaki, menangkis serangan tongkat, papan sekeping, umum, adegan praktikal dan juga kategori khas (buah jatuh).

Pesilat wanita dan lelaki PSSCUH UniSZA telah menyertai kesemua kategori yang dipertandingkan. Pasukan UniSZA telah menggondol beberapa pingat emas & perak. Antaranya ialah:

1)     Menangkis Serangan Pisau Wanita (Emas)

  • Nurul Nadia Abdul Rashid
  • Norhanisah Safari

 

2)     Papan Sekeping Wanita (Emas)

  • Norhanisah Safari
  • Nur Syafawati Mohd Nawi
  • Nuradila Nazeri
  • Nur Fadhilah Asim
  • Siti Nor Atiqah Roslan
  • Siti Nor Dina Farahain Sikh Ghazali

 

3)     Kategori Khas Wanita (Emas)

  • Aimi Amirah Ariffin
  • Noor Amalina Abu Bakar
  • Nur Fukhairah Mohammad Abas
  • Siti Auni Mat Saat
  • Nur Nurul Shifa’ Samsuddin
  • Nuridayu Awang Noh

 

4)     Menangkis Serangan Kaki Wanita (Perak)

  • Nurul Nadia Abdul Rashid
  • Nuramalina Mohd Isa

 

5)     Johan Keseluruhan Wanita (Piala Pusingan)

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 

Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, En Muhammad Hafiz Abdullah, merakamkan setinggi ucapan tahniah dan berbangga atas kejayaan pasukan pesilat UniSZA.

Beliau yang terlibat secara langsung dalam melatih pesilat untuk persediaan kejohanan ini berkata, kejayaan ini merupakan rekod yang terbaik bagi PSSCUH UniSZA kerana kejohanan ini menguji kemahiran dan kebolehan para pesilat UniSZA dalam menempuh cabaran sebagai pesilat generasi baru. Malahan ia juga merupakan rekod cemerlang kerana dapat mengekalkan kejayaan selepas kejayaan di Wajadiri Universiti Teknologi Petronas  2011 dan Kejohanan Cabaran Pandai Silat 2011.

Menurut beliau lagi, ekoran kejayaan ini, PSSCUH UniSZA akan menghantar lebih ramai pesilat untuk menyertai Kejohanan Wajadiri Nasional yang akan datang serta Kejohanan Cabaran Pandai Silat yang juga dianjurkan setiap tahun oleh PSSCUH Malaysia dalam usaha menaikkan nama UniSZA setanding dengan universiti-universiti lain.

Majlis Perasmian Penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, Pengarah Pusat Inovasi dan Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar UPM.

Sumber Berita & Gambar :   NUR FUKHAIRAH BT. MOHAMMAD ABAS

SETIAUSAHA PSSCUH UniSZA

Last Updated on Thursday, 20 September 2012 15:18