Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Seminar pemakanan dan dietetik 2012

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU- Seramai 200 peserta telah menyertai Seminar Pemakanan dan Dietetik  yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seminar yang diadakan pada 27 Mei 2012 di Auditorium Perpustakaan, UniSZA Kampus Gong Badak tersebut telah disertai oleh 100 orang pelajar FPSK, 50 pelajar dari Fakulti Pemakanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT),20 pegawai dan wakil dari jabatan-jabatan kerajaan dan selebihnya adalah kakitangan FPSK.

Seminar tersebut telah disampaikan oleh profesor jemputan khas dari Singapura iaitu Profesor Dr. Christiani Jeya Henry dari Singapore Institute for Clinical Sciences.

Tujuan seminar tersebut diadakan adalah untuk memberi maklumat perkembangan terkini dalam bidang pemakanan,sains makanan, teknologi makanan dan dietetik. Selain itu, ia juga dapat membuka peluang untuk berinteraksi bersama ahli sains bertaraf antarabangsa di samping meningkatkan motivasi dalam memajukan bidang berkaitan.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Profesor Dr. Amran bin Ahmed.

Sumber Berita          SHARIFAH THAHIRAH SYED ABU BAKAR               FPSK

Gambar                     KASWADI YUSOFF                       UKK


Last Updated on Monday, 23 July 2012 12:11