KUALA TERENGGANU - Pada 29 hingga 30 Mei 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dikunjungi oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk penilaian akreditasi penuh Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan (MQA/FA 1672).
Majlis pembukaan sempena lawatan pihak MQA telah dihadiri hampir 30 orang kakitangan termasuk tiga orang ahli panel penilai iaitu Prof. Dr. Zamri Saad dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Abd Razak Alimun (UPM) dan Dr Abu Hassan Muhammad Ali dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Dua pegawai MQA yang turut serta pada lawatan ini ialah Halinordina Mat Saat dan Nurdiana I’zzati Ridzman.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Amran Ahmed, Dekan FPB, Pof. Dr. Mat Zakaria , timbalan dekan, ketua jabatan dan pensyarah terutama daripada Jabatan Sains Haiwan, FPB.
Lawatan selama dua hari ini adalah bertujuan untuk menyemak dan menilai dokumen asal, melawat premis, makmal, bilik kuliah, peralatan dan sumber pembelajaran berkaitan dengan program yang dinilai, mengadakan temubual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar disamping memerhati proses pengajaran dan pembelajaran ilmu.
Pihak fakulti mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan ini.
Berita NUROSHAJAR OTHMAN FPB
Gambar KASWADI YUSOFF UKK


