Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Syarahan Akademik oleh Profesor Dr. Adel Salah Khattab, University Tanta, Egypt

E-mail Print PDF

Pada 18 April 2012, bertempat di Bilik Kuliah Pusat Teknologi Maklumat, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung program syarahan akademik bertajuk Recent Advances in Animal Breeding: Egypt Experience yang disampaikan oleh Profesor Dr. Adel Salah Khattab, seorang profesor dari Tanta University, Egypt.

Program yang dirasmikan oleh Dekan FPB, Profesor Dr. Mat Zakaria adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman tentang pembiakbakaan haiwan berdasarkan pengalaman di Mesir.

Pihak fakulti amat berbangga apabila dapat berkongsi pengalaman dengan seorang pakar seperti beliau yang pasti dapat dijadikan panduan dan contoh kepada warga UniSZA. Fakulti berharap program seperti ini akan terus diadakan pada masa hadapan.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5 petang telah dihadiri oleh hampir 50 peserta terdiri dari kakitangan universiti, pelajar siswazah dan prasiswazah.

Sumber Berita          NUROSHAJAR OTHMAN      FPB


Last Updated on Tuesday, 24 April 2012 11:18