Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Bengkel Penyeliaan Pascasiswazah

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU – Pusat Pengurusan Pascasiswazah (PPP) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) serta Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Bengkel Penyeliaan pada 25 dan 26 September 2010 bertempat di Bilik Persidangan, UniSZA Kampus Gong Badak.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pendaftar UniSZA, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar dan disertai oleh hampir 40 orang peserta.

Penceramah yang dijemput untuk menjayakan bengkel ini adalah Prof. Dr. Fauzias Mat Nor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Hasnah Haron dari Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Zulkifli A. Manaf FKI-UniSZA dan Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah dari Universiti Malaya.

Objektif diadakan bengkel tersebut adalah untuk memberi panduan kepada penyelia dalam menyelia pelajar pascasiswazah, menanam sikap keprihatinan terhadap pelajar pascasiswazah di bawah penyeliaannya, mendedahkan penyelia tentang kepentingan pemantauan kemajuan pelajar dari masa ke semasa serta memberi penekanan terhadap kaedah penilaian tesis dan pengendalian Viva-voce.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada peserta, bengkel yang diadakan pada kali ini berjaya mencapai tujuannya.

Sumber Berita   PUSAT PENGURUSAN PASCASISWAZAH

Gambar            KASWADI YUSOFF                           UKK



Last Updated on Tuesday, 28 September 2010 09:58