Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Pasukan Golf UniSZA Muncul Juara Kejohanan Golf Antara IPTA Ke-40, 2012

E-mail Print PDF

SINTOK – Pasukan Kelab Golf Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menguasai permainan dan muncul juara Kejohanan Golf Antara IPTA Ke-40, 2012 kategori nett pada 16-17 Jun 2012.

Tempat kedua pula diduduki oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan tempat ketiga, Universiti Utara Malaysia (UUM). Manakala juara keseluruhan dimenangi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kejohanan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) itu dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu VVIP, jemputan, nett dan gross.

Pencapaian terbaik pemain UniSZA, En. Muzafar bin Mohd Din berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori nett manakala Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin bin Haron mendapat tempat ketiga kategori sama. Juara kategori nett disandang oleh En. Muhammad Fahmi bin Muhammad Zulkiflie dari UUM.

Pasukan UniSZA berjaya membawa pulang piala pusingan dan hadiah iringan.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berita        Johari Johan, Unit Komunikasi Korporat
Gambar    Amizul Abdullah, Pusat Sukan

 


Last Updated on Monday, 27 August 2012 14:59