Articles

Print

Syarat AM Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf

Written by Pentadbir.

SYARAT AM UNIVERSITI BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

Kelayakan Minimum

Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan

mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa

Melayu.

SYARAT AM UNIVERSITI BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

Kelayakan Minimum


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

 

dan

 

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

 

atau

 

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

 

atau

 

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2011 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

 

atau

 

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

 

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).